Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Seluruh Selangor diramal hujan lebat sehingga 3 petang

SHAH ALAM, 29 NOV: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal ribut petir dan hujan lebat sehingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Bagi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang dan Sabah amaran ribut petir dan hujan lebat melanda di beberapa kawasan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Dalam pada itu, Info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan taburan hujan yang tinggi di Selangor dilaporkan berlaku di Meru, Kampung Perepat, Kapar di Klang dan Jalan 22 di Petaling Jaya.


Pengarang :