Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancang Pengurusan Malaysia (Mampu) Datuk Seri Dr Yusof Ismail (tengah) dan Setiauaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim (enam dari kanan) ketika menyampaikan sijil pada Majlis Kolaborasi Strategik Pemerkasaan Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Klang pada 29 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sistem digital mampu tambah baik khidmat PBT

Oleh DIANA ABD WAHAB

KLANG, 30 NOV: Pelan Strategik Pemerkasaan Pendigitalan mampu menambah baik mutu perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Ketua pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) berkata sistem itu menyediakan capaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan merentasi agensi.

“Menerusi kaedah ini, rakyat boleh gunakan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian sepenuhnya dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Kira-kira 457 daripada 538 perkhidmatan ditawar PBT Selangor kini mengguna pakai sistem khidmat digital yang dilihat mewujudkan jalinan perkhidmatan yang mesra dan mudah kepada pengguna,” kata Datuk Seri Dr Yusof Ismail ketika merasmikan pelan tersebut semalam.

Tambah beliau, pelan itu adalah ‘blueprint’ yang menggaris misi, visi dan hala tuju strategik inisiatif pendigitalan PBT Selangor bagi tempoh lima tahun sehingga 2025.

Menerusi inisiatif itu kesemua 12 PBT dapat menjimatkan kos dan meningkatkan kepakaran dalaman melalui bimbingan serta khidmat rundingan yang diberikan Mampu.


Pengarang :