Siti Nordiana mengadakan persembahan sewaktu rakaman Senandung Aidilfitri yang akan disiarkan melalui platform Media Selangor. Foto Megaday Media Sdn Bhd
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siti Nordiana, Black meriahkan jelajah bantuan rakyat Hulu Selangor

SHAH ALAM, 30 NOV: Penyanyi tersohor tanah air, Siti Nordiana dan Black Hanifah akan memeriahkan Jelajah Selangor Penyayang di Hulu Selangor hujung minggu ini.

Program di Persiaran As-Salam Bukit Sentosa turut menyajikan lebih 20 acara menarik antaranya sukan rakyat, bazar rakyat, mencanting batik, menaiki beca dan jualan kendera saji.

Bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, acara lain termasuk tarian kebudayaan, karate, wushu dan cabutan bertuah selain saringan kesihatan secara percuma dan Jualan Ehsan Rakyat.

Bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti, jelajah fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Kali terakhir program itu diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 di Sepang pada 29 dan 30 Oktober lalu.

Sebelum ini, jelajah sama sudah dianjurkan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Acara sama turut berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Padang Awam Batu Caves dan Stadium Sungai Besar.


Pengarang :