Wakil rakyat Sungai Buloh selama tiga penggal R Sivarasa (tengah) bersama penyokong di luar pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Shah Alam pada 5 November 2022. Foto Facebook Sivarasa Rasiah
AGENDANASIONAL

Sivarasa turun padang bantu calon HARAPAN kempen di Sungai Buloh

SHAH ALAM, 7 NOV: Walaupun tidak lagi mempertahan kerusi Sungai Buloh, R Sivarasa sedia membantu Pakatan Harapan (HARAPAN) berkempen dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Calon gabungan itu Datuk R Ramanan bersama Sivarasa berkongsi video ringkas melawat orang sakit dan bersama jentera kempennya di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras di sini.

“Terima kasih YB (R Sivarasa) kerana sentiasa memberikan bimbingan serta berkongsi ilmu dan pengalaman politik beliau yang amatlah bernilai,” tulis Ramanan di Twitter hari ini.

Ramanan berdepan pencabar terkuat bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (Barisan Nasional) dalam persaingan tujuh penjuru.

Sebelum ini, Sivarasa menggesa isu beliau tidak dicalonkan semula tidak berpanjangan demi memastikan kemenangan HARAPAN ke Putrajaya.


Pengarang :