Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Skim air percuma diteruskan, daftar hingga 31 Disember 2024

SHAH ALAM, 27 NOV: Pemberian skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan diteruskan tahun ini dengan dengan dana RM40 juta, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, had kelayakan inisiatif itu juga dinaikkan kepada pendapatan isi rumah bawah RM5,000 bermula 1 Oktober, berbanding RM4,000 sebelum ini.

“Perubahan syarat ini mengambil kira kesan pandemik Covid-19 dan juga situasi ekonomi yang perlahan dan lonjakan inflasi.

“Kelonggaran ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat kehilangan dan kekurangan punca pendapatan serta peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Pada Ogos, Amirudin memaklumkan kira-kira 100,000 lagi akaun pengguna bakal menikmati skim berkenaan dengan kos lebih RM30 juta ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Setakat Oktober, lebih 300,000 akaun pengguna menikmati skim berkenaan dengan pendaftaran masih terbuka kepada penduduk Selangor sehingga 31 Disember 2024.

Syarat kelayakan meliputi pemohon mestilah warganegara Malaysia, premis kediaman jenis meter individu dan hanya untuk satu akaun sahaja.


Pengarang :