AGENDANASIONALSELANGOR

Subsidi yuran Kafa-i diteruskan, bantu keluarga susah

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor meneruskan pemberian subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (Kafa-1) pada tahun depan menerusi peruntukan berjumlah RM5 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif yuran kelas tersebut bertujuan meringankan beban ibu bapa sekali gus melancarkan urusan pembelajaran murid.

“Pada pertengahan tahun ini, bantuan tersebut disempurnakan dengan jayanya kepada 296 Kafa-i seluruh negeri dan membantu menyelesaikan isu tunggakan yuran bulanan 14,000 pelajar B40.

“Aspek kebajikan merupakan agenda penting negeri. Kebanyakan pendapatan ibu bapa murid terjejas akibat pandemik Covid-19, katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.

Beliau berkata Selangor komited dalam pembangunan pendidikan islam anak di negeri selaras dengan tuntutan agama.


Pengarang :