Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM5,000 kepada Pengerusi Surau An-Nur Wan Ismail Wan Hamat (empat, kiri) selepas menunaikan solat Asar di Surau An-Nur Taman Jasa, Gombak pada 1 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sumbangan RM5,000 ringan beban baik pulih surau An-Nur

GOMBAK, 1 NOV: Kerajaan Negeri menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada Surau An-Nur Taman Jasa di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada pengerusi surau berkenaan Wan Ismail Wan Hamat.

Sumbangan itu bertujuan meringankan beban rumah ibadat terbabit bagi melaksanakan aktiviti pengimarahan.

Wan Ismail, 68, menyifatkan bantuan itu tepat pada masanya dan berhasrat mahu menaik taraf surau tersebut bagi memberi keselesan kepada para jemaah.

“Alhamdulillah terima kasih Kerajaan Negeri yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada surau ini saban tahun.

“Insya-Allah dengan sumbangan ini saya selaku pengerusi surau akan menambah baik beberapa fasiliti yang sudah rosak supaya jemaah berasa lebih selesa untuk beribadah,” katanya.

Terdahulu, Amirudin turut menunaikan solat Asar secara berjemaah dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan terbabit.


Pengarang :