Datuk Bandar MBSJ Dato’ Johary Anuar (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penduduk pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dalam program keprihatinan ziarah rumah ke rumah pada 4 November 2022. Foto Facebook MBSJ
PBTSELANGOR

Sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas ringankan beban penduduk

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 NOV: Seramai 15 penduduk kawasan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerima sumbangan wang tunai RM200 beserta barangan keperluan asas.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan sempena program keprihatinan ziarah rumah ke rumah disampaikan Datuk Bandar MBSJ Dato’ Johary Anuar.

Penerima tersebut membabitkan wakil daripada setiap Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MBSJ.

“Datuk Bandar MBSJ sempat meluangkan masa menyantuni beberapa keluarga dan menyampaikan sumbangan program itu di pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sumbangan kepada penerima itu dapat meringankan beban mereka.


Pengarang :