Calon HARAPAN bagi Parlimen Bangi Syahredzan Johan menyantuni penduduk Bandar Mahkota Cheras baru-baru ini dalam kempen pilihan raya umum. Foto Facebook Syahredzan Johan
AGENDANASIONAL

Syahredzan mahu perjuang hak rakyat dapat layanan adil perundangan (VIDEO)

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) mahu memperjuangkan hak rakyat agar mendapat layanan yang adil dalam sistem perundangan.

Bertanding di Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata sebagai peguam dia aktif membantu mereka yang ditindas dan dizalimi dalam prosiding undang-undang.

“Saya percaya semua rakyat berhak mendapat perwakilan undang-undang dan dilayan sama rata dalam undang-undang,” katanya menerusi Facebook semalam.

Syahredzan, 39, berkata demikian menerusi rakaman video pendek yang turut memperkenalkan ibu bapa serta isterinya.

Menurut Syadredzan tiga tahun kebelakangan ini kehidupan rakyat banyak berubah apabila ada yang hilang keluarga, sumber pendapatan dan pekerjaan.

“Rakyat Malaysia layak untuk mendapat kerajaan yang lebih baik, perihatin dan mengutamakan rakyat,” katanya.

Dilahirkan di Selangor peguam itu bakal berdepan Hoh Hee Lee (Barisan Nasional), Nazrul Nazir (Perikatan Nasional) dan lima calon lain Parlimen Bangi.

                 

                   


Pengarang :