Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim (enam, kiri) bersama barisan pimpinan ketika Majlis Pelancaran Tawaran HARAPAN di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 2 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tawaran menarik HARAPAN untuk pengundi

SHAH ALAM, 2 NOV: Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan 39 tema menarik untuk pengundi jika diberi mandat mentadbir negara selepas memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tumpuan meliputi memperkenal Akta Penggal Tetap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), biasiswa pendidikan untuk pelajar berpendapatan rendah dan elaun khas buat individu hilang kerja.

Butiran lanjut azam gabungan tersebut boleh diakses menerusi pautan https://kitaboleh.my/.

Sebahagian daripada tawaran itu bersifat baharu, dipertingkat daripada polisi lama semasa memerintah Putrajaya pada 2018 dan meneruskan yang sedia ada.

Berikut beberapa tawaran menarik di bawah tema masing-masing:

Menangani Isu Kos Sara Hidup

  • hapuskan kartel dalam sektor makanan bagi galak persaingan dan basmi kaut untung melampau
  • wujud kerjasama dengan pembekal supaya bekalan makanan cukup terutama ketika musim perayaan
  • beri insentif cukup untuk tingkat pengeluaran bahan makanan bagi atasi tekanan kenaikan harga
  • kaji semula konsesi lebuh raya untuk kurangkan tol dan hapuskan secara berperingkat

Membasmi Kemiskinan

  • teruskan Bantuan Sara Hidup dan sarapan percuma untuk semua pelajar sekolah
  • wujudkan rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan sederhana serta rumah transit

Menjamin Kebajikan Pekerja

  • pelan dasar gaji minimum untuk capai sasaran negara berpendapatan tinggi
  • perluas elaun khas kepada individu hilang kerja kepada pekerja kontrak selagi aktif mencari kerja baharu
  • daftar automatik akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, perkasa I-saraan dan caruman pihak ketiga

Memperkasa Peluang Ekonomi Belia

  • biasiswa B40 atasi kebergantungan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Memantapkan Pembangunan Wanita dan Institusi Keluarga

  • subsidi jagaan kanak-kanak untuk wanita berpendapatan rendah (B40) dan sederhana yang bekerja
  • agihan tuala wanita dan tampon percuma di semua sekolah dan wanita B40

Hidup Selesa di Usia Emas

  • baucar Jom Shopping RM100, khairat kematian RM1,000 dan pengangkutan bas percuma ke pusat pelancongan tempatan

Memerangi Rasuah

  • pencalonan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disemak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dwipartisan

Mengukuhkan Integriti Institusi

  • tempoh khidmat perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri maksimum 10 tahun
  • Akta Penggal Tetap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pastikan pembubaran Parlimen dan DUN hanya dilakukan apabila penggalnya tamat

Reformasi Kesihatan

  • meningkatkan belanjawan kesihatan awam kepada 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) dalam masa lima tahun
  • meluaskan program perlindungan mySalam kepada golongan berpendapatan sederhana (M40)

Reformasi Pendidikan

  • menambah peruntukan program sarapan percuma sedia ada bagi golongan yang memerlukan
  • belanjawan khas untuk tingkat kemampuan asas 3M (Membaca, Menulis, Mengira) akibat dasar pembelajaran dari rumah ketika Covid-19 pada 2020 dan 2021
  • pengampunan bersasar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin dan isi rumah B40

Memacu Ekonomi Sukan

  • ekosistem e-sukan dipertingkatkan melalui perbincangan berkala tentang polisi dan perubahan bagi menyokong ekosistem ini

Menjamin Kesejahteraan dan Daya Saing Rakyat Malaysia

  • mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk selongkar salah guna kuasa dan rasuah dana awam untuk pembangunan sosioekonomi

Merapatkan Jurang Pembangunan Wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung

  • dua timbalan perdana menteri akan dilantik, termasuk seorang dari wilayah Sabah dan Sarawak

Memperkasa Wilayah Sabah & Sarawak Menerusi Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

  • memastikan 35 peratus perwakilan Parlimen adalah dari wilayah Sabah dan Sarawak

Desentralisasi Kuasa kepada Wilayah Sabah & Sarawak

  • 70 peratus perjawatan semua agensi pusat dan negeri untuk anak-anak Sabah dan Sarawak, terutamanya peringkat atasan

Pengarang :