Anggota APM Kuala Selangor menjalankan operasi membersihkan kawasan tanah runtuh di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Foto APM Kuala Selangor
AGENSISELANGOR

Tebing runtuh, pusat pelancongan Bukit Melawati ditutup sementara

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 26 NOV: Tebing di laluan masuk ke lokasi bersejarah Bukit Melawati runtuh dipercayai akibat hujan berterusan awal pagi semalam.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor menerusi Facebook memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi.

“Empat anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati tanah runtuh berlaku menutupi hampir keseluruhan jalan masuk dan keluar.

“Memandangkan kejadian berlaku awal pagi, tiada kemalangan jiwa dan penempatan terjejas,” katanya.

Agensi itu menjelaskan kerja pembersihan kawasan dan mengalihkan bongkah runtuh dijalankan bersama bomba dan Jabatan Kerja Raya.

Pusat pelancongan tersebut ditutup bermula semalam hingga hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan.


Pengarang :