Rizam Ismail ketika ucapan perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 4 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Teroka potensi baharu jana pendapatan, elak bergantung hasil cukai tanah

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri disaran meneroka potensi baharu bagi menjana pendapatan dan tidak terlalu bergantung kepada hasil premium dan cukai tanah.

Menjelaskan premium dan cukai tanah menyumbang 67 peratus hasil pentadbiran negeri untuk tahun depan, ketua pembangkang Selangor berkata pentadbiran negeri harus meneliti potensi untuk menjadi pengeluar makanan negara.

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri melihat secara serius pilihan kaedah dan potensi untuk mempelbagai sumber hasil di Selangor,” kata Datuk Rizam Ismail menerusi kenyataan perbahasan belanjawan 2023.

Wakil rakyat Sungai Air Tawar itu menambah penggunaan teknologi tinggi melalui projek pengeluaran makanan mampu memastikan jaminan bekalan makanan negara.

“Bahkan (sektor itu) turut menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi kepada penduduk setempat,” katanya lagi.


Pengarang :