Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bertanya khabar kepada mangsa kejadian sebahagian struktur rumah runtuh di Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 13 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Tinjauan: MB kerap turun padang, sedia banyak inisiatif untuk penduduk

Oleh ABDUL RAHIM SABRI dan AMIN RIDZUAN ISHAK

GOMBAK, 1 NOV: Penduduk sekitar sini menyifatkan Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari banyak menyediakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Peniaga surat khabar dan barang plastik Loh Yuen Feng, 62, dari Taman Sri Gombak berkata pentadbiran negeri membantu banyak golongan peniaga.

“Saya tengok MB sekarang okay bekerja. Kerajaan Negeri banyak bantu. Orang berniaga pun dibantu. Harap kalau tanding sini dapat berkhidmat lagi baik,” katanya ketika ditemui 26 Oktober, sebelum Amirudin diumum bertanding sebagai calon Pakatan Harapan di Gombak.

“Kalau beliau tanding parlimen, boleh bantu lagi ramai penduduk,” katanya yang menetap di Taman Pinggiran, Batu Caves .

Peniaga Kamal Mohd Yusof, 45, mengajak pengundi mengekal pimpinan kerajaan sedia ada pada peringkat negeri supaya lebih banyak program untuk rakyat diadakan.

“Bagi saya, dia (Amirudin) okay. Tak ada masalah apa pun. Kalau nak kebaikan, (kita) kekalkan (kerajaan sekarang),” kata pengundi Gombak Setia.

Peniaga Jamil Karim, 63, berkata Amirudin kerap turun padang termasuk mengunjungi surau untuk bertemu penduduk dan meminta orang bawahannya mencontohi pemimpin itu.

“MB turun padang. Pergi surau sembahyang di situ. Beliau bantu (rakyat). MB okay buat kerja bagi bantuan, ayam murah. (Namun) dia (MB) kena (arah) orang bawah lagi aktif (bantu) orang kampung,” katanya.


Pengarang :