Orang ramai mendapatkan barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang di Surau Al-Azim pada 1 November 2022. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tinjauan: Orang ramai tertarik tawaran HARAPAN teruskan Bantuan Sara Hidup

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SEPANG, 12 NOV: Orang ramai tertarik dengan Tawaran Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) berikutan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.

Peniaga pakaian Maslinda Mohd Kusaini, 53, berkata bantuan berkenaan sekurang-kurangnya mampu meringankan beban penduduk berpendapatan rendah.

Maslinda Mohd Kusaini

“Saya meniaga sudah 20 tahun. Adat orang berniaga memang ada pasang surutnya, lebih-lebih lagi jika secara kecil-kecilan.

“Tapi jika benar BSH mahu diteruskan, memang elok. Mungkin sekarang masa ada duit, kita rasa tidak perlu tetapi jika dugaan menimpa, bantuan itulah yang membantu,” katanya kepada Selangorkini.

Kakitangan swasta Nurul Huda Zakaria, 33, turut berpendapat bantuan sedemikian wajar diteruskan terutama bagi membantu masyarakat belia dan orang bujang.

“Memang wajar diteruskan terutama untuk belia yang baru hendak cari kerja sebab sekarang susah dapat kerja, ekonomi ptidak stabil dan harga barang makin naik.

“Untuk bujang terutamanya dan belia. Kebanyakannya baru hendak mulakan hidup. Cuma jika boleh diubah pelaksanaan dengan pemberian sekali bayar tanpa berperingkat,” katanya.

Rozita Hamdahsoon

Suri rumah Rozita Hamdahsoon, 45, berkata inisiatif berkenaan baik untuk diteruskan tetapi pengagihannya perlu benar-benar sampai kepada penerima yang layak.

“Memang elok diteruskan cuma wakil perlu turun padang untuk terangkan cara memohon kerana bukan semua orang tahu guna teknologi dan tidak lihat telefon sepanjang masa.

“Inisiatif nak diteruskan itu bagus tetapi jika tidak sampai kepada golongan sasar susahlah,” katanya yang pernah berdepan kesukaran untuk membuat permohonan bantuan untuk anaknya.


Pengarang :