Prof Datuk Dr Sidek Baba . Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tokoh pendidikan Dr Sidek Baba meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Tokoh pendidikan Prof Datuk Dr Sidek Baba menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini malam ini.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Izzudin dalam laman Facebooknya.

Beliau memaklumkan jenazah bapanya masih berada di PPUM untuk pengesahan Covid-19.

“Mohon didoakan agar roh ayahanda dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan para solihin dan muttaqin,” katanya.

Sidek, 76, yang merupakan rakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka.

Beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2009 selain dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan pada 2010 dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar) dari 1994 hingga 2002.

– BERNAMA


Pengarang :