Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat Klang ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Sulaiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Trak jualan murah PKPS singgah ke sembilan lagi tempat esok

SHAH ALAM, 9 NOV: Jualan barangan asas pada harga lebih murah diteruskan ke sembilan lagi tempat esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Sungai Burong, Bukit Melawati, Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Trak JER juga akan berada di kawasan DUN Bukit Antarabangsa, Bukit Lanjan dan Pandan Indah.

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :