Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 6 petang

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Turut mengalami cuaca sama ialah seluruh Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini.


Pengarang :