Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu bergambar bersama peserta pertandingan e-sukan di Salak Perdana Bisnes Park, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Undi HARAPAN, Selangor contoh terbaik jaga kebajikan rakyat

SEPANG,13 NOV: Rakyat Selangor diharap mengundi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut di negeri ini.

Calon Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu berkata Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran HARAPAN menyediakan pelbagai inisiatif kebajikan kepada rakyat yang tiada di negeri lain.

“Kerajaan HARAPAN di Selangor banyak mengadakan program kebajikan dan inisiatif kepada rakyatnya. Keuntungan dan kekayaan dikongsi dengan rakyat menerusi program kebajikan serta polisi yang hebat.

“Antara inisiatif dilaksanakan ialah saringan kesihatan, jualan murah dan banyak lagi program lain. Justeru, penting rakyat Selangor untuk pertahankan HARAPAN yang menjadi contoh terbaik menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau ditemui selepas hadir pertandingan e-sukan HARAPAN Sepang anjura di Salak Perdana Business Park di sini, hari ini.

Aiman Athirah disaingi bekas Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rina Harun (Perikatan Nasional) dan Anuar Basiran (Barisan Nasional) dalam saingan lapan penjuru.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sepang Aiman Athirah Sabu menyantuni peniaga ketika program saringan kesihatan percuma di Tasik Kampung Abu Bakar Baginda, Sepang pada 13 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :