Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memartabatkan sukan memancing di Selangor pada 25 November 2022. Foto Facebook Unisel
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Unisel, Monstercraft Fishing kerjasama martabat sukan memancing di Selangor

SHAH ALAM, 27 NOV: Universiti Selangor (Unisel) bekerjasama dengan Monstercraft Fishing bagi memartabatkan sukan memancing di negeri ini khususnya The Tomanz.

Presiden dan Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata usahasama kedua-dua pihak turut bertujuan memulihara Tasik Lindungan Burung Unisel selain menaik taraf kegiatan eko sukan.

“Kerjasama ini bakal mendukung segala bentuk penyelidikan berkaitan akuakultur dan membuka ruang pihak Monstercraft untuk mengadakan aktiviti latihan di lapangan serta bengkel atau klinik memancing,” katanya dalam kenyataan.

Memorandum persefahaman (MoU) kerjasama itu ditandatangani Mohammad Redzuan bagi pihak Unisel manakala Monstercraft Fishing diwakili Pengarahnya Vincent Gan Chee Hong pada Jumaat.

Dalam majlis sama, institusi itu turut menerima kunjungan pertama delegasi Korea Yang Jae Hyuck (FishingTAG), Kim Jae Kyung (Catsclaw) dan Jackson Lee (GiddyCraft).

Mohammad Redzuan berkata mereka berpeluang melawat dan melihat sendiri keindahan Tasik Lindungan Burung.

“Lawatan berakhir Sekitar jam 12 tengah hari dan keseluruhan mereka berpuas hati dengan suasana terdapat di tasik berkenaan,” katanya.


Pengarang :