AGENSISELANGOR

Usahawan Hijrah kini boleh semak baki pembiayaan secara dalam talian

SHAH ALAM, 7 NOV: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) kini boleh melakukan semakan baki pembiayaan perniagaan secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan, usahawan terlibat boleh mendaftar akaun untuk tujuan berkenaan menerusi pautan mikrokredit.selangor.gov.my

“Sila rujuk pegawai kutipan di cawangan untuk sebarang bantuan. Terima kasih atas komitmen anda bersama Hijrah,” tulisnya di Facebook hari ini.

Seramai 5,795 usahawan menerima manfaat pembiayaan perniagaan RM92.37 juta daripada Hijrah sejak Januari hingga September.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM120 juta khusus untuk pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu di bawah Hijrah yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000.

Skim baharu berkenaan adalah i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim yang kesemuanya berfungsi memperkasa usahawan negeri.

 


Pengarang :