Orang ramai mula beratur sebaik pusat mengundi dibuka pada 8 pagi untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Mengundi SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus bagi Parlimen P035 Kuala Nerus pada 19 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

Ustaz muda seru tolak politik kotor, yakin pengundi matang pilih pemimpin

SHAH ALAM, 19 NOV: Sekumpulan astizah muda gusar dengan kecenderungan beberapa pihak yang mengamalkan politik kotor dalam kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Anggota kumpulan ustaz dan ustazah tersebut memaklumkan kempen pilihan raya sepatutnya menjadi medan pertandingan idea, pertarungan manifesto dan tawaran kepada rakyat, bukan mengapi-apikan kebencian terhadap lawan politik.

“Amalan ini dilihat semakin menjadi-jadi di ambang hari pengundian, dilakukan pihak tertentu yang terdesak untuk memenangi sokongan rakyat.

“Kami menyeru masyarakat supaya menolak sekeras-kerasnya politik kotor yang akan mengakibatkan keadaan porak-peranda dalam negara,” menurut kenyataan itu.

Anggota kumpulan berkenaan yakin masyarakat sudah matang memilih calon dan pasukan yang terbaik dalam PRU15.

Astizah muda dalam lingkungan bawah 35 tahun dengan latar belakang pengajian agama sedang berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, penyelidikan, perbankan, penterjemahan, penerbitan dan kefatwaan.


Pengarang :