Calon Pakatan Harapan Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berbual bersama penduduk Puncak Alam di Saturday Night Fest di Dataran Ecoworld Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor pada 12 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wakil rakyat jadi penentu orang muda ceburi politik

KUALA SELANGOR, 14 NOV: Wakil rakyat yang menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu komited melaksanakan tanggungjawab demi meyakinkan generasi muda terhadap sistem politik.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sikap ditunjuk ahli parlimen akan menarik golongan itu menceburi bidang berkenaan.

“Wakil rakyat kena tunjukkan komitmen supaya dapat tarik anak muda. Persepsi yang baik perlu ditampilkan kerana generasi muda ini akan diangkat pada politik akan datang.

“Yang penting ahli politik ini kena bersih. Amalkan politik sihat, matang dan jauh dengan perkara salah guna kuasa. Sebab itu wakil rakyat kena laksanakan mandat dengan baik,” katanya pada program bual bicara sempena penganjuran Saturday Night Fest kelmarin.

Terdahulu, penyandang kerusi berkenaan meluang masa mendekati golongan muda selain mendengar luahan dan berkongsi perancangan sekiranya menang pada PRU15.

 

 

 


Pengarang :