Petugas memantau situasi semasa sekitar Kuala Lumpur di bilik kawalan Terowong Smart. Foto Facebook Smart Tunnel
AGENDANASIONALSELANGOR

Wakil rakyat: Percepat bina terowong alih air hujan elak banjir besar

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri harus segera memulakan proses pembinaan terowong pengalihan air hujan bagi mengatasi masalah banjir di Selangor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Ping berkata pembinaan terowong itu penting bagi mengelak musibah yang teruk seperti Disember tahun lepas mengakibatkan negeri mengalami kerugian sebanyak RM1.4 billion.

“Kerajaan Negeri perlu segera memulakan proses pembinaan seperti Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart) di bandar raya ini dan kawasan lain dengan kerjasama kerajaan persekutuan.

“Ia memandangkan sistem perparitan semasa tidak dapat menampung limpahan air yang terlalu tinggi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 5 Februari, Dato’ Menteri Besar berkata kapasiti dan formula berhubung Smart yang mahu dibina di sini akan diteliti dan dibentangkan di peringkat Kerajaan Negeri.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim sedang mengumpulkan segala maklumat bagi memudahkan proses keseluruhan.


Pengarang :