ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat: Peruntuk dana untuk perkukuh cerun dekat taman perumahan

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri disaran menyediakan peruntukan bagi mengukuhkan cerun berdekatan kawasan perumahan di Selangor bagi mengelak kejadian tanah runtuh.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Ping berkata langkah tersebut penting untuk menghadapi cabaran bencana alam pada masa depan dan usaha dilakukan ketika ini mungkin dapat menyelamatkan penduduk di negeri ini.

“Saya memohon kepada Dato’ Menteri Besar (Dato’ Seri Amirudin Shari) memperuntukkan anggaran RM1 billion bagi tujuan itu,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh berpunca daripada pergerakan air berlebihan ke atas tanah terdedah, memecah struktur yang akhirnya membentuk hakisan tanah yang merumitkan penduduk terutama di kawasan bandar.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan melibatkan Taman Suria, Taman Damai Puri dan Selayang Utama pernah mengalami kejadian seperti ini yang hampir meragut nyawa penduduk.

“Ia menyebabkan kerosakan rumah yang teruk dan kenderaan awam tertimbus. Tapak tanah runtuh sebegini dirumitkan lagi dengan isu pemilikan apabila proses pembaikan cerun dimulakan,” katanya.


Pengarang :