Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Warga DUN Bandar Utama dipelawa mohon bantuan buka sekolah RM100

SHAH ALAM, 22 NOV: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dipelawa memohon bantuan kembali ke sekolah 2023 bernilai RM100 sebelum tarikh tutup 24 November ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata permohonan terbuka kepada rakyat Selangor atau bermastautin di negeri ini dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Menurutnya ibu bapa dan penjaga yang memohon juga mestilah pengundi DUN Bandar Utama dan belum pernah menerima bantuan persekolahan dari agensi lain.

“Bantuan ini terhad kepada dua penerima sahaja bagi setiap keluarga. Pemohon yang layak akan dihubungi oleh pihak DUN Bandar Utama,” katanya di Facebook hari ini.

Pemohon boleh mendapatkan borang menerusi pautan https://tiny.cc/BUSekolah2023 dan menghantar permohonan ke pusat khidmat DUN Bandar Utama atau e-mel [email protected].

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan dan surat beranak pelajar
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga (sijil kematian atau sijil cerai sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini ibu dan bapa/penjaga (sekiranya tiada, pemohon perlu mengemukakan surat akuan pendapatan gaji yang telah disahkan).


Pengarang :