Graduan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Mohamad Yusairi Yusuf Yap (kiri) serta Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Muhammad Farid Wahid (kanan) membawa pulang piala Anugerah Canselor 2020 dan 2021 sempena Istiadat Konvokesyen Unisel ke-15 di Dewan Canselor Unisel , Kuala Selangor pafa 5 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Yayasan Selangor urus sektor pendidikan negeri tahun depan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 NOV: Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Selangor bermula tahun depan bagi menggembleng potensi dan prestasi pengurusan pendidikan negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Yayasan Selangor akan bertindak sebagai agensi peneraju di samping elemen kawal selia dijajarkan ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

“Menjadi impian saya menyaksikan Selangor menjadi barisan hadapan dalam menerajui agenda transformasi Pendidikan negara. Letak duduknya Selangor dengan universiti awam serta swasta terkemuka negara.

“Selain dengan pelbagai inisiatif pendidikan yang diterajui, selayaknya Selangor menyerlahkan potensi serta memimpin transformasi pendidikan melalui ekosistem yang dinamik lagi berwibawa,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Amirudin menjangkakan pengurusan program hal ehwal pendidikan diurus sepenuhnya Yayasan Selangor pada suku kedua 2023.

“Hal ehwal penjajaran dan penstrukturan semula daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kepada Yayasan Selangor melibatkan hal ehwal pentadbiran dan perjawatan, akan dimulakan pada kadar segera.

“Penstrukturan semula ini kelak diharap dapat menyerlahkan lagi potensi dalam usaha merangkul seluruh pihak menjalin hubungan sinergi untuk melonjak prestasi pendidikan negeri melalui Yayasan Selangor selaku agensi pelaksana,” tambahnya.

 


Pengarang :