Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide Md Arifin Jaafar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chih, Bestari Jaya pada 15 November 2022. Foto Facebiik YIDE
AGENSI SELANGOR

Yide hulur bantuan kepada 58 mangsa banjir di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 16 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan bantuan kepada 18 keluarga melibatkan 58 mangsa banjir di Kuala Selangor dekat sini semalam.

Yide memaklumkan bantuan skuad prihatin itu disampaikan Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisitinya Md Arifin Jaafar kepada mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SRJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya.

“Kita mendoakan mangsa tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mengharapkan agar dijauhkan daripada musibah banjir yang besar.

“Terima kasih kepada orang ramai yang membantu YIDE dalam menyalurkan infaq dan alhamdulillah hari ini (semalam) sumbangan kalian telah disalurkan,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, beberapa kawasan di Kuala Selangor ditenggelami air akibat hujan lebat dan kesemua mangsa terjejas ditempatkan di tiga PPS yang merekodkan seramai 45 keluarga.

Orang ramai berminat menyalurkan infaq bagi membantu mangsa musibah boleh berbuat demikian menerusi https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ .


Pengarang :