Orang ramai memilih barangan dapur dalam program Jelajah Ehsan Rakyat di Taman Puncak Jalil pada 15 Disember 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

13 program jualan murah dapat sambutan, ADN Kinrara tempah slot untuk tahun depan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

PETALING, 15 DIS: Berikutan sambutan baik yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara, Ahli Dewan Negerinya akan menempah slot program Jelajah Ehsan Rakyat 2.0 sebanyak mungkin untuk tahun depan.

Ng Sze Han berkata beliau belum mendapat maklumat peruntukan berapa slot untuk setiap DUN, namun akan cuba memohon semaksimum mungkin berikutan DUN itu mempunyai kepadatan penduduk ramai.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han dalam program Jelajah Ehsan Rakyat di Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil pada 15 Disember 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SelangorKini

Katanya program itu sudah dijalankan sebanyak 13 kali sehingga hari ini dan ia mendapat sambutan daripada masyarakat.

“Tahun ini secara keseluruhan 15 program jualan murah ini diadakan di DUN Kinrara termasuk dua lagi minggu depan pada 19 dan 20 Disember ini di Jalan Puteri 7/1 Begonia dan sekitar Taman Puchong Indah.

“Setiap kali berlangsung ia mendapat sambutan daripada penduduk kerana mereka boleh berjimat serta meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup,” katanya ditemui selepas meninjau perjalanan program itu di Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil hari ini.

Pelbagai barangan dapur menjadi pilihan dalam program Jelajah Ehsan Rakyat di Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil pada 15 Disember 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SelangorKini

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan antara RM10 hingga RM15 juta disediakan bagi meneruskan program Jelajah Ehsan Rakyat 2.0 selama tiga bulan mulai 15 Januari depan.


Pengarang :