Peserta menghadiri temu duga program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMA

1,400 individu dapat kerja, jelajah JobCare diteruskan tahun depan

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 4 DIS: Seramai 1,400 individu dibantu mendapat pekerjaan menerusi siri Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor sepanjang tahun ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau berkata susulan prestasi memberangsangkan itu, siri jelajah berkenaan akan diteruskan tahun depan.

“Dijangka siri jelajah bagi tahun depan akan dimulakan pada Februari di sembilan daerah di Selangor.

“Seperti tahun ini, syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan akan dijemput untuk turut serta,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Danasiswa Pekerjaan Selangor, hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.

Program dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) disertai lebih 15 syarikat tempatan dan menawarkan hampir 3,000 peluang kerja dalam pelbagai sektor.


Pengarang :