Penduduk menggunakan perkhidmatan sampan untuk melakukan kegiatan harian berikutan kawasan kampung masih ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada 13 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

141 lokasi terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, Terengganu tertinggi

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 19 DIS: Kira-kira 141 lokasi terjejas akibat banjir dan tanah runtuh sejak fenomena Monsun Timur Laut melanda hingga jam 2 petang ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Twitter memaklumkan kerosakan itu membabitkan 53 jalan persekutuan dan 88 jalan negeri.

Sebanyak 118 lokasi terjejas akibat banjir diikuti cerun runtuh (15 lokasi), jalan runtuh (satu), jalan mendap (empat) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga).

Negeri paling terkesan ialah Terengganu dengan 88 lokasi, Kelantan (57), Pahang (lima) dan Johor (tiga), Negeri Sembilan dan Kedah (empat) serta Selangor dan Perak (satu).


Pengarang :