Anis Sanudin menunjukkn kad sim yang diberi secara percuma kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Data Internet Selangor di Dewan Azalea MBSA, Seksyen 25, Shah Alam pada 25 Disember 2021. Goto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

2,100 pusat akses WiFi, jamin penduduk desa rasa arus teknologi

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 13 DIS: Sebanyak 2,100 pusat akses perkhidmatan WiFi baharu bakal dibangunkan tahun depan bagi memastikan rakyat di desa dapat merasa arus teknologi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM5.93 juta.

“Meskipun Wifi Percuma Smart Selangor diperkenalkan pada 2015, jurang digital bandar dan desa masih ada.

“Selangor 2023 akan membangunkan sebanyak 2,100 pusat akses baru dengan peruntukan RM5.93 juta agar rakyat di desa dapat merasa arus teknologi,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin berkata sebanyak 373 kampung tradisional bakal menerima perkhidmatan WiFi bagi mengurangkan jurang digital antara bandar dan desa pada tahun depan.

Menerusi inisiatif WiFi percuma khas untuk desa, ia bertujuan meluaskan capaian internet di kawasan luar bandar dengan sasaran adalah balai raya, pusat komuniti, masjid dan surau.


Pengarang :