Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Skim Insuran Am Selangor (INSAN) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

3.5 juta daftar perlindungan percuma, pemohon alamat Selangor layak

SHAH ALAM 1 DIS: Syarat kelayakan untuk mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dilonggar kepada pemegang kad pengenalan atau My Kid beralamat di Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan hanya pemegang kad pengenalan kod negeri ini atau pengundi di Selangor layak mendaftar inisiatif itu sebelum ini.

Katanya, seramai 3.56 juta orang mendaftar sejak dibuka 1 Oktober seterusnya menerima perlindungan sehingga RM10,000 jika berlaku kecederaan atau hilang upaya akibat nahas.

Menurutnya, INSAN adalah polisi insurans kemalangan diri berkumpulan untuk enam juta penduduk berusia antara 30 hari sehingga 80 tahun yang premiumnya ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri.

“Perlindungan keseluruhannya bernilai RM60 bilion, dijamin oleh AmGeneral Insurance Berhad. Ia termasuk kos pengurusan pengebumian sebanyak RM1,000 kepada waris,” katanya pada 25 November.

Pendaftaran sehingga 30 September 2023 boleh dibuat melalui aplikasi Wavpay yang boleh dimuat turun di AppStore, Google Play atau Huawei App Gallery. Maklumat lanjut, layari programinsan.com.

Aplikasi Wavpay dibangunkan Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat dalam Kumpulan MBI,
yang berperanan sebagai pengendali perkhidmatan.

Tinjauan menunjukkan penduduk Selangor menyambut baik usaha negeri memperkenal skim itu. Ada
yang menyarankan supaya kerajaan persekutuan mencontohi usaha berkenaan demi membantu rakyat.


Pengarang :