Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah (tiga, kanan) mengedarkan kalender Tahun Baharu Cina kepada penduduk dan penjaja di Pasar Pagi Kampung Baru Seri Kembangan pada 18 Disember 2022. Foto Facebook Ean Yong Hian Wah
ADNSELANGOR

400 baucar beli-belah RM100 menanti masyarakat Tionghoa DUN Seri Kembangan

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak 400 baucar Jom Shopping disediakan kepada masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata permohonan baucar membeli-belah RM100 yang dibuka sejak semalam boleh dibuat di pusat khidmat masyarakat DUN berkenaan.

“Pendaftaran hanya boleh dibuat secara terus di pusat khidmat sahaja dan syarat utama adalah mereka merupakan pengundi di DUN Seri Kembangan.

“Pemohon diminta membawa dokumen seperti kad pengenalan dan individu yang layak boleh menebus baucar tersebut sebelum Tahun Baharu Cina yang mana tarikh akan dimaklum kelak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan itu dibuat mengikut komponen utama kaum dan perayaan masing-masing.


Pengarang :