Ko Li Fa (duduk, kanan) menghantar borang pemohonan baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina 2023 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

400 baucar Jom Shopping untuk masyarakat Tionghoa DUN Sentosa

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 22 DIS: Sebanyak 400 baucar Jom Shopping disediakan kepada masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sempena Tahun Baharu Cina tahun depan.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata permohonan dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa dan dibuka sehingga awal Januari depan.

“Kita juga bekerjasama dengan persatuan dan tokong untuk mengumpul nama dan mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan,” katanya.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj (kiri) mengiringi Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan komputer riba kepada M Shamilaa di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan komputer riba oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada 16 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah DUN Sentosa hari ini.

Sebanyak RM16.48 juta diperuntuk dalam Belanjawan Selangor 2023 untuk menjayakan program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang bakal memanfaatkan 82,400 penerima.

Selain itu, Gunarajah berkata DUN Sentosa juga memperuntukkan RM30,000 untuk bantuan kepada kira-kira 15 tokong sempena Tahun Baharu Cina.

“Seperti Aidilfitri kita salurkan untuk masjid, Deepavali kepada Kuil Hindu, Krismas disalurkan kepada gereja dan bagi Tahun Baharu Cina untuk tokong.

“Ia bagi membantu mereka untuk pembayaran bil air dan elektrik selain program kemasyarakatan,” katanya.

 


Pengarang :