Peserta bergambar ketika program Anak Muda Tolak DARVIH : RSX & RA150R 2022 di Stadium Shah Alam pada 10 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

4,000 peminat motor bersatu dalam kempen katakan tidak pada dadah, HIV

SHAH ALAM, 10 DIS: Hampir 4,000 belia berhimpun di program Anak Muda Tolak DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhaler dan HIV) : RSX & RA150R 2022 ‘Day Out’ di perkarangan Stadium Shah Alam, hari ini.

Program tahunan yang masuk kali ketujuh penganjurannya itu menghimpunkan peminat motosikal jenis Honda RSX dan RA150R dari seluruh negara.

Ahli Majlis Shah Alam Izuan Kasim berkata program anjuran bersama Kerajaan Negeri dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bertujuan menyampaikan mesej penyalahgunaan dadah kepada belia.

Ahli Majlis MBSA Izuan Kasim (kiri), Setiausaha Kehormat PEMADAM Mohd Farhan Ahmad (dua,kiri) dan mantan pelumba Grand Prix Motosikal Shahrol Yuzy Ahmad Zaini merasmikan program Anak Muda Tolak DARVIH : RSX & RA150R 2022 di Stadium Shah Alam pada 10 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Penunggang motosikal sering dilabel dengan perkara negatif. Justeru, kita ambil peluang untuk dekati mereka melalui aktiviti santai seperti ini.

“Mereka juga dapat mengetengahkan bakat kreativiti, di samping membuka ruang perniagaan kepada peniaga kecil,” katanya kepada SelangorKini.

Untuk rekod, program tersebut mula dianjurkan pada 2017 ketika Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memegang portfolio EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.


Pengarang :