Ir Izham Hashim menyerahkan sumbangan Hari Natal kepada penduduk DUN Pandan Indah. Foto Facebook Izham Hashim
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

50 penganut Kristian DUN Pandan Indah terima sumbangan Hari Natal

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 25 DIS: Seramai 50 penganut Kristian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima sumbangan sempena perayaan Hari Natal.

Wakil rakyatnya berkata kebanyakan penerima yang mendapat sumbangan adalah daripada golongan B40.

“Mereka menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas termasuk minyak masak, tepung dan beras berjumlah RM100 setiap seorang beserta wang tunai.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban serta dapat menyambut perayaan ini dengan gembira,” kata Ir Izham Hashim.

Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.

Pada 13 Disember lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor yang dihadiri lebih 3,000 individu pelbagai kaum di Dewan Sivik MBPJ.


Pengarang :