Sebanyak 60 judul terjemahan Inisiatif Buku Darul Ehsan dijual di Pesta Buku Big Bad Wolf di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) mulai 20 Disember hingga 2 Januari 2023. Foto Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan
AGENDANASIONAL

60 judul buku terjemahan IBDE di Big Bad Wolf, potongan harga hingga 20 peratus

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM – Sebanyak 60 naskhah terjemahan pelbagai genre terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dijual dalam Pesta Buku Big Bad Wolf di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan.

Pengurus Jualan dan Pemasarannya Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata potongan sehingga 20 peratus ditawarkan, bergantung kepada judul dalam acara mulai 10 pagi hingga 2 pagi dari 20 Disember hingga 2 Januari.

Katanya, penyertaan syarikat yang menerima geran tahunan Kerajaan Negeri bertujuan memberi peluang kepada penduduk Lembah Klang yang tidak sempat ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor memperoleh karya bermutu dunia.

“Naskhah seperti Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal tulisan Martin Lings serta Gelagat dan Ragam Orang Melayu karya Frank Swettenham dijangka menjadi pilihan pengunjung.

“Selain itu, tiga buku Imam Al- Ghazali iaitu Penyelamat daripada Kesesatan, Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik serta Ilmu Kalam: Tegahan Buat Orang Awam antara judul terlaris,” kata beliau kepada Selangorkini.

Terbaharu, IBDE menerbitkan buku terjemahan berjudul Muhammad Ali: Raja Dunia Wira Amerika, Strategi Rahsia China dan Penyucian Kalbu Tanda Penyakit Hati.

Aneka terjemahan adikarya meliputi bidang sejarah, falsafah, sastera dan agama termasuk sebahagian naskhah asal berusia ribuan tahun atau menerima pengiktirafan dunia diterbitkan menerusi Siri Pencerahan Selangor sejak 1996


Pengarang :