ADN Balakong Wong Siew Ki bercakap kepada media selepas menyerahkan kad sim percuma di Pusat Khidmat ADUN Balakong Taman Kasturi, Kajang pada 26 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Balakong cadang wujud e-portal, arkib kumpul tesis universiti

SHAH ALAM, 5 DIS : Ahli dewan negeri Balakong mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan perpustakaan dalam talian atau e-portal.

Wong Siew Ki berkata kewujudan e-portal sebagai arkib digital berfungsi sebagai pusat penyimpanan koleksi maklumat saintifik dan penyelidikan institusi pengajian tinggi di Selangor.

“Perpustakaan dalam talian ini memberi keutamaan bagi mendigitalisasikan jurnal, tesis atau artikel yang dihasilkan oleh mahasiswa.

“Ia juga memudahkan proses kajian dijalankan di institusi pengajian tinggi malahan proses pembangunan negeri juga dapat dijalankan dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Belanjawan 023 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Siew Ki berkata Selangor sepatutnya menjadi perintis revolusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia susulan mempunyai paling banyak institusi pengajian tinggi.

“Saya amat berharap dengan kelengkapan perpustakaan ini dapat menggalakkan lagi ramai warga Selangor menjalankan lebih banyak penyelidikan serta menjadi pemangkin kemajuan negeri,” katanya.


Pengarang :