Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air percuma, lebih 400,000 akaun pengguna disasar terima manfaat tahun ini

SHAH ALAM, 1 DIS: Lebih 400,000 akaun pengguna disasar menerima manfaat air percuma 20 meter padu sebulan menjelang hujung tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penerima Skim Air Darul Ehsan itu meningkat selepas had kelayakan dinaikkan kepada pendapatan isi rumah bawah RM5,000 berbanding RM4,000 sebelum ini.

“Kita sasar 600,000 akaun dan kini lebih 300,000 sudah berdaftar. Ini menunjukkan peningkatan agak baik dan kita sasar akan mencecah lebih 400,000 menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada Jumaat, Amirudin memaklumkan pemberian skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan diteruskan dengan dana RM40 juta.

Had kelayakan inisiatif itu juga dinaikkan kepada pendapatan isi rumah bawah RM5,000 bermula 1 Oktober, berbanding RM4,000 sebelum ini.

Permohonan skim air percuma dibuka sehingga 31 Disember 2024 boleh dibuat menerusi pautan www.airselangor.com

Syarat laian kelayakan pemohon ialah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor, premis kediaman mempunyai meter individu dan hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja


Pengarang :