Air Selangor menjalankan ujian persampelan air secara berkala bagi mengukur bacaan pencemaran bau (ton) air sungai susulan daripada henti tugas LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Air Selangor lakukan ujian persampelan secara kerap, ukur kualiti air

SHAH ALAM, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan ujian persampelan secara kerap bagi mengukur kualiti air yang terjejas kesan dari bahan sisa pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menurut Air Selangor, usaha menangani insiden pencemaran itu dijalankan secara bersama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Usaha menangani insiden ini dijalankan secara bersama bagi mengatasi pencemaran bau tersebut agar Loji Rawatan Air (LRA) Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dapat beroperasi semula dengan segera,” katanya menerusi Facebook.

LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sementara susulan insiden pencemaran bau di stesen pam air mentah Jenderam Hilir.

Pemberhentian operasi LRA itu dikenal pasti tumpahan cecair daripada insiden kemalangan lori membawa muatan pati minyak wangi di Kilometer 44.1 arah utara, Lebuhraya Elite menyebabkan pencemaran bau di dalam aliran air Sungai Semenyih.

Susulan itu, 472 kawasan di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :