Banjir kilat berlaku di susur masuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Tun Razak dari Jalan Tuanku Abdul Halim susulan hujan lebat sejak jam 3 petang ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 30 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran banjir kilat di KL, Selangor dan enam negeri dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Beberapa kawasan di Perak, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

Menurut notis Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 4 petang ini, kawasan terlibat di Perak ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat), Batang Padang (Sungkai), Hilir Perak (Changkat Jong, Durian Sebatang), Kampar, Kerian (Gunong Semanggol, Bagan Serai, Beriah, Pulau Kerengga, Jerung), Larut, Matang dan Selama (Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong, Asam Kumbang)

Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah Pontian (Ayer Masin, Rimba Terjun, Jeram Batu, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut, Sungai Pinggan), Sedili Besar serta kawasan sekitarnya di daerah Kota Tinggi, Johor Bahru (Pulai, Plentong, Tebrau serta kawasan sekitarnya), Batu Pahat (Sungai Punggor, Peserai, Simpang Kanan) Tangkak (Kesang, Kundang) dan Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti ).

Selain itu, di Melaka sebanyak dua daerah yang dijangka terkesan iaitu di Jasin dan Melaka Tengah melibatkan kawasan Sungai Rambai, Ayer Panas, Umbai, Telok Mas, Alai, Padang Temu, Ujong Pasir, Bukit Lintang, Padang Semabok, Duyong, Semabok, Bukit Piatu, Ayer Molek, Bukit Katil dan Bukit Baru.

Keadaan sama turut diramal berlaku di dua daerah di Kedah iaitu Kulim (Bandar Kulim, Bandar Padang Serai dan Kuala Muda (Bandar Sungai Petani serta kawasan sekitarnya).

Di Pulau Pinang, dua daerah yang dijangka terkesan ialah Seberang Perai Selatan (Nibong Tebal, Mukim 7, Mukim 11, Mukim 1) dan Seberang Perai Tengah (Mukim 11, Bukit Mertajam, Mukim 7, Mukim 8).

Sementara itu, Selangor pula membabitkan Bandar Kundang di Gombak, Ulu Bernam di Hulu Selangor, Klang (Pekan Pandamaran, Kapar, Pekan Kapar), Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Pekan Jenjarom), Pekan Bestari Jaya di Kuala Selangor, Petaling (Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam) ,Sepang dan Dengkil.

Di Negeri Sembilan, notis itu memaklumkan hanya satu kawasan sahaja yang dijangka terlibat iaitu di Port Dickson (Si Rusa, Jimah serta kawasan sekitarnya) manakala di Kuala Lumpur melibatkan kawasan di Mukim Petaling, Mukim Kuala Lumpur dan bandar Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya.

— BERNAMA

 


Pengarang :