Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga 7 malam, 1 Oktober 2022.
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan berterusan, ribut petir di kebanyakan negeri sehingga Ahad

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Menurut jabatan itu, petang ini dijangka berlaku ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hujan diramal malam ini di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau) manakala ribut petir dijangka berlaku di Sandakan dan Kudat.

Esok, hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Pada petang Sabtu, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Pada Ahad MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.

Pada petang dan malam pula diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :