AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 2 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 4 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :