AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 11 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :