Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat lapan daerah di Selangor hingga 5 petang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 DIS: Lapan daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, lapan daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak serta Labuan juga diramal mengalami cuaca sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata jabatan itu.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :