Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor hingga 6 petang

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 1 DIS: Lima daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah dengan 513 orang daripada 147 keluarga berada di lima pusat pemindahan sementara di Selangor dan Perak setakat jam 12 tengah hari tadi.


Pengarang :