AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 6 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Langat, Selangor hingga jam 1 pagi.

Agensi tersebut meramalkan cuaca sama melanda seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :