AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tiga daerah di Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 17 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 11 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim), Pahang (Raub), Johor (Batu Pahat) dan Sarawak (Sibu, Kapit dan Bintulu).

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat t


Pengarang :