AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, angin kencang di Selangor hingga 7 malam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 DIS: Lima daerah di Selangor diramal ribut petir dan angin kencang sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook melaporkan daerah terlibat iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :