AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor hingga 5 petang

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN & SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di lima daerah di Selangor serta beberapa negeri sehingga 5 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terlibat di negeri ini ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal di Kuala Lumpur, Perlis dan beberapa tempat di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena manakala Pahang (Bentong dan Temerloh).

Ia turut diramal di banyak tempat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dah sahih.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor juga melebihi tahap waspada.

Menurut agensi itu, sungai terbabit mencatatkan bacaan 26.1 meter setakat jam 9.15 pagi tadi berbanding bacaan paras normal 42.4 meter.


Pengarang :